Thursday, February 24, 2011

Berat..

Like this song...

Sunday, February 20, 2011

Rindu Andalusia

Alcazar, Seville
Alhambra, Granada

Masjid di Albaiycin, Granada
Di dalam Kota AlHambra, Granada
Cordoba

Seronoknya Spain. 18-22 December 2011. Hebatnya Islam. Moga kehebatan terus berkembang hebat. inshaAllah, ada rezeki, ke sana lagi. Terima kasih & jzkk sangat utk Ameer, Amos, Syahmi, Adlan, Syahir, Hosni, Mat Fikri & Adib :)


Sunday, February 13, 2011

Kisah No 1 Bahagian 1

Sengaja ingin dikongsi satu kisah yang berlaku sekitar selepas selesainya Perang Badar. Diketahui jelas, tentera Islam menang mengalahkan musuh musyrikin. Dikatakan perang yang memang penuh signifikan ni hanya berlaku dalam masa 2jam sahaja.

Salah seorang yang terselamat namanya Umair Bin Wahb. Penuh kesedihan dalam hati; kaumnya ditewaskan tentera Islam, ramai pembesar2 Quraisy yang terbunuh & anak kandungnya pula menjadi tawanan tentera Islam. Kesedihannya itu diluahkan kepada seorang ketua Quraisy bernama Sofwan Bin Umayyah. Di hadapan Kaabah, mereka berbicara mengenai kesan perang itu sehinggakan masing2 menzahirkn kesedihan yang dirasai itu. Kemudian, timbullah rancangan mereka utk kembali ke Madinah. Dalam fikiran, hanyalah 2 tujuan; ingin membunuh Rasulullah & ingin mendapatkan semua anaknya yang ditawan itu. Tapi, Umair merasakan impiannya terhalang sebab dia ada beberapa anak yang perlu ditanggung & juga hutang yang mebelunggu hidupnya. Akan tetapi, Sofwan Bin Umayyah memberi jaminan bhw dia akan menjaga anak2 Umair & menyelesaikan hutang itu. Di akhir perbualan, mereka sama2 berjanji bahawa segala perbualan ni xkan diketahui oleh orang laen.

........

Selesai mengasah pedang & menyapukan racun pada pedangnya, Umair terus bergegas menuju ke Madinah dengan niat yang disimpannya. Hatinya penuh kebencian & dendam yang amat. Sehinggalah beberapa hari, dia smpai juga di sebuah masjid di Madinah di mana Rasulullah ada di situ. Kedatangannya secara jelas disedari Umar alKhatab yang secara pastinya mengetahui Umair ada menyimpan niat yang jahat, terutamanya dengan kelihatan pedang yang tersangkut di pinggangnya. Segera Umar alKhatab menemui Rasululullah. Dengan keizinan Rasulullah, Umair akhirnya diheret masuk ke dalam masjid utk dibawa bertemu Rasulullah. Melihat leher Umair yang dijerut dengan tali, Rasulullah lantas mengarahkan agar Umar alKhatab melepaskan ikatan tersebut. Maka lepas tu, berlakulah perbualan antara Umair dengan Rasulullah...


..... (akan bersambung...)