Kadang-kala, diri ini selalu terfikir sejenak, untuk apa kita lalui semua ini. Apakah yang ingin kita capai dalam hidup ini? Adakah sekadar ingin memperoleh ijazah pada tahun ke-4 nanti & akhirnya pulang ke Malaysia? InshaAllah, diri kita sendiri pastinya tahu apakah tujuan satu-satu perkara yang kita lakukan itu. Adakah sekadar menjadi kebanggaan diri ? Adakah benar-benar kita ingin menuntut ilmu di sini? Adakah sekadar ingin merasa suasana 4Musim di negara asing? Ataupun, kita melakukan semua ini semata-mata untuk mencapai redha Allah itu?
Segalanya, kembalikanlah semula pada niat kita. Bukankan niat itu yang menentukan sama ada pahala& kosong saja sesuatu amalan itu? Jika disebut mengenai niat, pastinya, Hadith No 1 Imam Nawawi akan muncul di fikiran. Segalanya, bermula dengan niat di hati ini. Mandi yang diniatkan kerana Allah, inshaAllah, mandi kita itu menjadi satu amalan pahala berharga untuk kita. Berbeza dengan mandi yang hanya sekadar untuk membersihkn diri, akhirnya, diri kita bersih & segar, itulah yang kita peroleh. Berbezakan hasil yang kita dapat disebabkn niat kita itu?
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan
[59:18]
Moga-moga, hati ini sentiasa melakukan sesuatu perkara itu untuk mencari redha Allah. Redha Allah itu sukar dicari andainya kita ini tidak sanggup berkorban. Redha Allah itu sukar dicari andai diri tidak sanggup memikul tanggungjawab. Berkorban masa & harta terutamanya. Mampukah kita mencari redha Allah andainya kita sekadar menghabeskn masa kita dengan tidur yang berpanjangan. Mampukan kita menjadi hamba yang Allah sayang andainya diri ini hanya menjadi orang yang 'biasa', yang hanya bangun tidur, menunaikn solat 5 waktu, makan, minum, mandi & belajar & akhirnya tidur semula pada malam hari ? Hanya Allah yang mampu mengganjari sesuatu perbuatan manusia itu. Tapi, andainya kita manusia bijak, pastinya kita akan memikirkan mengenai 'safety factor'. Bangunan yang dibina 'cukup2 makan' mungkin akan hancur roboh andai dilanda tekanan. Begitu juga manusia, di hari amalan ditimbangi nanti, apakah kita mampu melakukan berpatah balik ke dunia untuk mengumpul amal kebaikan kita jika timbangan itu berat membawa ke neraka? Nauzubillah. Lindungi diri ini ya Allah
Sama-samalah kita perbanyakkan amal kita. Kita reflex smula, kenapa kita melakukan sesuatu perkara itu. Pastinya, kita masing-masing ada aim masing2, dalam masa terdekat & yang penting, utk masa hadapan kita itu. Janganlah diri ini menyesal&mengeluh jika terpaksa melakukan sesuatu kebaikan andainya perkara ini meletihkan diri ini, 'memiskinkan' kita, 'mengurangkn' masa study kita & menyedihkan hati kita.Ikhlaskan hati, untuk cari redha Allah. Kita usaha, kita berkeja & in the end, inshaAllah, kita bertawakkal. InshaAllah, jika kita benar2 yakin pada kekuasaan Allah, Allah pastinya mencukupkan keperluan kita, pasti, walaupun melalui jalan-jalan yang kita tidak pernah sangka-sangka. Selamat beramal di masa cuti, semua. Selamat beramal semasa cuti, Syamil. moga hati ini terus berusaha mencari cinta Allah itu =) Moga diri ini terus bersedia & menyediakan diri dalam memikul tanggungjawab. Tanggungjawab yang dipikul kerana ALlah itu.......
''...dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu''
[65:2-3]
1 comment:
jom safety factor larger than 3.. :)
Post a Comment