Saturday, January 22, 2011

Abbey Park!



Baru sedar rupa-rupanya sekarang mcm dh ada hobi baru; Jalan-Jalan keliling Park, Jalan-Jalan tepi sungai, Jalan-Jalan keliling tasik & Jalan-Jalan tgk swan & itik hehe :)

Ptg td, dalam pukul 2.30, tiba-tiba teringin sgt2 nk gi ke one of the most glamorous park di Leicester which is known as Abbey Park. sebelum tuh, balik2 dari solat jumaat, mengadap dpan laptop & terfikir2 nk buat apa. bila dah xda idea sgt nk buat, tiba2 idea nk ke park tu dtg..Senior ckp park tu cantek. & mmg lama dh trigt2 sgt nk p cuma masa ja xsmpat. So bila bukak dlm google maps, search lah direction ke park tuh. & jaraknya lebih kurang 1.9miles = 37minit jalan kaki. So trus siap2 salin pakaian. Maghrib sekarang pn makin lewat (dlm 4.27ptg), jd mmg byk masa yg boleh spend kt park tuh once dh smpai kt sana. (oh terpaksa jalan sorang2 je since housemate tgh bertarung dgn buku-buku medic diorang hoho )

Sebenarnya, apa yg perasan, sbnarnya bila kita cuba spend time dtg ke tmpat-tmpat mcm nih, rasa diri makin dkat dengan Nya. Scenery yg dtengok dr gambar2 ni mmg xsama dgn apa yg mata kita tgk sendiri.tp sekurang-kurangnya dptlah dikongsi serba sikit mcm rasa lawa nya tmpat nii :) Prasaan kagum, terImpressed, rendah diri & kerdil pada Nya mmg sgt2 dpt rasa. Disini contoh2 tempat yg kita boleh pergi utk tenangkn fikiran2 kita dr bermcm2 masalah. kadang2, kita mengambil option utk pergi window shopping ke, tgk tv ke, lompat sana sini keatau ape2 jela. tp pilihan tu may be not really work at all. pergi ke tgk2 tenang ni bukanlah bermakna kita boleh buang segala masalah yg kita hadapi, tp skurang2nya boleh juga utk kita sooth our mind, inshaAllah :)


Dan bila dlm keadaan tenang2 mcm ni juga lah yg boleh buatkn kita rasa selesa utk mengadu padaNya, terutamanya tentang masalah yg kita hadapi. ataupn apa yg kita tgh rasa. Kalau lebih rajin, dh duduk sorang2 kt bangku tepi tasik tu, bukaklah ipod ke, iphone ke,quran mini ke, baca quran semuka dua. & always make doa, plead from Him the best guidance for us. inshaAllah He knows what He plans for us, & pastinya 'Plan' Allah tu adalah yg terbaek utk kita. ape pn, buatlah yg terbaek utk diri kita.

“Apakah kamu tiada mengetahui bahawa kepada Allah sujud apa sahaja yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan dan bintang, gunung, pohon-pohon, binatang-binatang yang melata dan sebahagian besar daripada manusia.
” (Al-Quran, Surah al-Haj :18)




Moga-moga diri kita terus tergolong dalam golongan orang yang bersyukur kepadaNya.dan Moga-moga kita juga tergolong antara orang yang sentiasa menghormati ciptaan Nya, termasuklah alam2 yg best2 ni. & yang pnting juga, moga hati kita xpenah rasa terlalu besar untuk berlaku tidak adil kepada insan-insan lain (eg: buli budak2 ke, kutuk kawan-kawan,& yang lebih truk, buat ugutan yg jahat-jahat pada org laen) Ya Allah jauhkn aku dari perbuatan tu ya Allah :(







2 comments:

SIS said...

salam,
subhanallah, cantiknya ciptaan Allah..bertuahnya orang yang dapat menerokainya dan bertuah lagi orang yang sentiasa mengambil pengajaran daripadanya.

We Haus Enterprises said...

umi n abu sampai sekarang masih sangat suka jika dapat pergi nature walk. Ni sbb masa kat Falmer asyik pergi Stammer Park dan kat Liverpool pergi outing ke Saffton park. Sapa dah round2 park kat UK memang akan sangat suka tengok mandarin duck, stok, pelican etc sesekali memeriahkan sausana di situ.