Thursday, November 10, 2011

Raya Haji


Dah lama menyepi, it's ok. baru habes berHibernate. Plan utk bangun semula, bangun bekerja dengan lebih kuat, lebih penuh bertanggungjawab, inshaAllah

Itu gambar masa Raya Haji 2011, yang baru berlalu hari Ahad lepas. It was fun ! It was so meaningful. It gave thousands of experiences to my life. Rasa bersyukur kerana ditempatkan disini.

Secara jujurnya, rasa terlalu bersyukur kerana Allah letakkan diri ni di sini. Gambar di atas sudah cukup untuk gambarkan seramai ini sajalah komuniti Melayu yang ada di sini. Tapi, ramai atau sikit, ia bergantung bagaimana kita appreciate apa yg ada di sekeliling kita. Andai Kita bersyukur di mana saja Allah letakkan kita, inshaAllah we would always be grateful & happy. I do appreciate all of my friends here, as well as all other people I know, sepanjang hidup ini. They become 'the best mirror' I always need :)

Tiap apa yang berlaku itu, Allah tahu, itulah kedudukan terbaik yang dapat mendekatkan diri kita kepadaNya. Bezanya, pilihan kita & keyakinan kita.

Yakin lah pada Allah

Saturday, June 4, 2011

Cantik

Siapa kata Leicester x best? InshaAllah, di mana-mana pn, semua tempat best. Bezanya, mcm mana kita appreciate environment itu saja. InshaAllah, diri, Walaupun zahirnya, kita dilihat keseorangan. tp pastinya, kita tidak akan keseorangan. Kerana kita ada Dia, Maha Pencipta

Location: Pelangi di Nelson Mandela Park. Di belakang sana, dua buah bangunan tinggi yg ada di campus Uni of Leicester which are David Attenborough Building & David Wilson Building

Friday, June 3, 2011

Moga-Moga


Moga Allah redha hidupku

Moga Allah tenangkan hatiku ini

Moga Allah kuatkan azamku

Moga Allah sabarkan jiwa ini

Moga Allah ampunkan dosa ini

Moga Allah permudahkan urusanku

InshaAllah InshaAllah InshaAllah

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"

Moga hati ini tenteram, lapang, amin.

Bila & Di mana ? Tidak Pasti

Pastinya, yakin, Allah pasti !

winter 2010 : Sheffield

Thursday, April 14, 2011

Hujung Minggu...


26 Feb- Birmingham

5 Mac - Sheffield

12 Mac-Sheffield

19 Mac-Sheffield+Manchester

26 Mac-Sheffield

2 April -Sheffield

9 April- Loughborough

11 April-Sheffield

16 April- InshaAllah, akan berada di Essex
2-3bulan ini, Pastinya, setiap hujung minggu, masaku dihabiskan di sana sini. Walaupun kadang-kala sedikit kerinduan ingin mencari sedikit masa sendiri di rumah pada hujung minggu, namun, pastinya perancangan Allah itulah sebaik-baik perancang.Minimum 75batu satu hala perjalanan dari Leicester ke Sheffield. Penat? Tidaklah terlalu penat andai ingin dibandingkan dengan perjalanan sahabat-sahabat lain yang mampu merentas laut semata-mata mencari ilmu Allah. Penat? Tidaklah terlalu penat berbanding perjuangan para sahabat yang berhijrah ke Habsyah mencari keamanan.

Moga Allah redha setiap perjalananku ini. Moga Allah kuatkan diri ini pada jalanNya. Moga Allah jalarkan akar-akar istiqamah dalam hati ini,kukuh tersemat. Moga Allah thabatkan hati ini pada jalanNya, InshaAllah. InshaAllah, suatu hari nanti, pasti akan ku rentasi lebih jauh. Hanya untuk redhaNya.Amin





Friday, April 1, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah, seperti yang disangka-sangka, cuti datang lagi. Easter break yang panjangnya hampir 5 minggu, iAllah. Namun, diri ini tidak sekali-kali pernah menyangka, begitu cepat masa ini berlalu. Bermula dari 4 Oktober yang menjadi hari pertama diri ini menghadiri kuliah, Allah mengizinkn diri ni, walaupun seorang diri, untuk terus bergerak, alhamdulillah, 1 April 2011, maka genaplah 22 minggu study week berjaya ku harungi. Alhamdulillah, Allah izinkan aku untuk menyusun langkah, perlahan-lahan, dalam kesejukan, untuk melakukan semua ini, walaupun kadang kala diri ini terasa asing.

Kadang-kala, diri ini selalu terfikir sejenak, untuk apa kita lalui semua ini. Apakah yang ingin kita capai dalam hidup ini? Adakah sekadar ingin memperoleh ijazah pada tahun ke-4 nanti & akhirnya pulang ke Malaysia? InshaAllah, diri kita sendiri pastinya tahu apakah tujuan satu-satu perkara yang kita lakukan itu. Adakah sekadar menjadi kebanggaan diri ? Adakah benar-benar kita ingin menuntut ilmu di sini? Adakah sekadar ingin merasa suasana 4Musim di negara asing? Ataupun, kita melakukan semua ini semata-mata untuk mencapai redha Allah itu?

Segalanya, kembalikanlah semula pada niat kita. Bukankan niat itu yang menentukan sama ada pahala& kosong saja sesuatu amalan itu? Jika disebut mengenai niat, pastinya, Hadith No 1 Imam Nawawi akan muncul di fikiran. Segalanya, bermula dengan niat di hati ini. Mandi yang diniatkan kerana Allah, inshaAllah, mandi kita itu menjadi satu amalan pahala berharga untuk kita. Berbeza dengan mandi yang hanya sekadar untuk membersihkn diri, akhirnya, diri kita bersih & segar, itulah yang kita peroleh. Berbezakan hasil yang kita dapat disebabkn niat kita itu?

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan
[59:18]

Moga-moga, hati ini sentiasa melakukan sesuatu perkara itu untuk mencari redha Allah. Redha Allah itu sukar dicari andainya kita ini tidak sanggup berkorban. Redha Allah itu sukar dicari andai diri tidak sanggup memikul tanggungjawab. Berkorban masa & harta terutamanya. Mampukah kita mencari redha Allah andainya kita sekadar menghabeskn masa kita dengan tidur yang berpanjangan. Mampukan kita menjadi hamba yang Allah sayang andainya diri ini hanya menjadi orang yang 'biasa', yang hanya bangun tidur, menunaikn solat 5 waktu, makan, minum, mandi & belajar & akhirnya tidur semula pada malam hari ? Hanya Allah yang mampu mengganjari sesuatu perbuatan manusia itu. Tapi, andainya kita manusia bijak, pastinya kita akan memikirkan mengenai 'safety factor'. Bangunan yang dibina 'cukup2 makan' mungkin akan hancur roboh andai dilanda tekanan. Begitu juga manusia, di hari amalan ditimbangi nanti, apakah kita mampu melakukan berpatah balik ke dunia untuk mengumpul amal kebaikan kita jika timbangan itu berat membawa ke neraka? Nauzubillah. Lindungi diri ini ya Allah

Sama-samalah kita perbanyakkan amal kita. Kita reflex smula, kenapa kita melakukan sesuatu perkara itu. Pastinya, kita masing-masing ada aim masing2, dalam masa terdekat & yang penting, utk masa hadapan kita itu. Janganlah diri ini menyesal&mengeluh jika terpaksa melakukan sesuatu kebaikan andainya perkara ini meletihkan diri ini, 'memiskinkan' kita, 'mengurangkn' masa study kita & menyedihkan hati kita.Ikhlaskan hati, untuk cari redha Allah. Kita usaha, kita berkeja & in the end, inshaAllah, kita bertawakkal. InshaAllah, jika kita benar2 yakin pada kekuasaan Allah, Allah pastinya mencukupkan keperluan kita, pasti, walaupun melalui jalan-jalan yang kita tidak pernah sangka-sangka. Selamat beramal di masa cuti, semua. Selamat beramal semasa cuti, Syamil. moga hati ini terus berusaha mencari cinta Allah itu =) Moga diri ini terus bersedia & menyediakan diri dalam memikul tanggungjawab. Tanggungjawab yang dipikul kerana ALlah itu.......

''...dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu''
[65:2-3]

Friday, March 25, 2011

Selamat Datang, Spring


Moga iman & taqwa dalam diri ini terus berkembang mekar, segar sebagaimana kembangnya bunga-bungaan saban hari, inshaAllah

Moga hatiku, diriku & amalkan semakin kuat cintanya kepada Allah sebagaimana kuatnya akar-akar pohonan bunga yang saban hari semakin kuat mencengkam bumi

lokasi: Nelson Mandela Park, Leicester (spring sudah tiba,inshaAllah)

Thursday, February 24, 2011

Berat..

Like this song...

Sunday, February 20, 2011

Rindu Andalusia

Alcazar, Seville
Alhambra, Granada

Masjid di Albaiycin, Granada
Di dalam Kota AlHambra, Granada
Cordoba

Seronoknya Spain. 18-22 December 2011. Hebatnya Islam. Moga kehebatan terus berkembang hebat. inshaAllah, ada rezeki, ke sana lagi. Terima kasih & jzkk sangat utk Ameer, Amos, Syahmi, Adlan, Syahir, Hosni, Mat Fikri & Adib :)


Sunday, February 13, 2011

Kisah No 1 Bahagian 1

Sengaja ingin dikongsi satu kisah yang berlaku sekitar selepas selesainya Perang Badar. Diketahui jelas, tentera Islam menang mengalahkan musuh musyrikin. Dikatakan perang yang memang penuh signifikan ni hanya berlaku dalam masa 2jam sahaja.

Salah seorang yang terselamat namanya Umair Bin Wahb. Penuh kesedihan dalam hati; kaumnya ditewaskan tentera Islam, ramai pembesar2 Quraisy yang terbunuh & anak kandungnya pula menjadi tawanan tentera Islam. Kesedihannya itu diluahkan kepada seorang ketua Quraisy bernama Sofwan Bin Umayyah. Di hadapan Kaabah, mereka berbicara mengenai kesan perang itu sehinggakan masing2 menzahirkn kesedihan yang dirasai itu. Kemudian, timbullah rancangan mereka utk kembali ke Madinah. Dalam fikiran, hanyalah 2 tujuan; ingin membunuh Rasulullah & ingin mendapatkan semua anaknya yang ditawan itu. Tapi, Umair merasakan impiannya terhalang sebab dia ada beberapa anak yang perlu ditanggung & juga hutang yang mebelunggu hidupnya. Akan tetapi, Sofwan Bin Umayyah memberi jaminan bhw dia akan menjaga anak2 Umair & menyelesaikan hutang itu. Di akhir perbualan, mereka sama2 berjanji bahawa segala perbualan ni xkan diketahui oleh orang laen.

........

Selesai mengasah pedang & menyapukan racun pada pedangnya, Umair terus bergegas menuju ke Madinah dengan niat yang disimpannya. Hatinya penuh kebencian & dendam yang amat. Sehinggalah beberapa hari, dia smpai juga di sebuah masjid di Madinah di mana Rasulullah ada di situ. Kedatangannya secara jelas disedari Umar alKhatab yang secara pastinya mengetahui Umair ada menyimpan niat yang jahat, terutamanya dengan kelihatan pedang yang tersangkut di pinggangnya. Segera Umar alKhatab menemui Rasululullah. Dengan keizinan Rasulullah, Umair akhirnya diheret masuk ke dalam masjid utk dibawa bertemu Rasulullah. Melihat leher Umair yang dijerut dengan tali, Rasulullah lantas mengarahkan agar Umar alKhatab melepaskan ikatan tersebut. Maka lepas tu, berlakulah perbualan antara Umair dengan Rasulullah...


..... (akan bersambung...)



Sunday, January 30, 2011

Ulat Bulu yang Kecil


Kadang-kadang, kita selalu rasa diri kita terlalu hebat & besar smpai kita lansung tak ada keinginan utk pandang org yg kurang berbanding kita. Kita ni kecil sgt2, tak sekuat mana, tak seindah mana, tak sebijak mana, tak sehebat mana. kadang-kadang, kita rasa kata-kata terlalu hebat sehinggakn boleh buat semua orang terpegun & tertarik dengan kata-kata, tapi bila sekali kita bermain-main dgn kata2 kita, segalanya boleh hilang sepantas satu kelipan mata saja. Kadang-kadang kita selalu rasakan kita dh buat banyak kebajikan utk org laen, tapi smpai satu masa, bila kita mengungkit kembali tiap2 amal perbuatan kita, maka leburlah segala kepenatan & usaha yang kita curahkn selama nih. Allah sangat2 adil.

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela(agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
47:7

Dan tinggalkanlah kamu dosa yang nyata dan yang tersembunyi. Kerana sesungguhnya orang-orang yang berusaha melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan.
6:120

Kita ni hanyalah ibarat tin kosong. andai kita tahu faedah yang kita boleh berikan pada orang, inshaAllah kita boleh jadi tin kosong yg bermanfaat. tapi andai kita tahu faedah kita utk orang laen tapi kita terus ingin menjadi tin kosong yang tidak ingin memberi apa2 kegunaan kpd org lain, maka kita hanyalah kekal sebagai tin kosong yang akhirnya dicampak jauh tnpa sebarang manfaat. Kita ni xsebesar mana yang kita sangka. Kita terlalu kerdil, terlalu kecil, tersgt2 kecil. Sbb Allah lah yang paling agung



Saturday, January 22, 2011

Abbey Park!



Baru sedar rupa-rupanya sekarang mcm dh ada hobi baru; Jalan-Jalan keliling Park, Jalan-Jalan tepi sungai, Jalan-Jalan keliling tasik & Jalan-Jalan tgk swan & itik hehe :)

Ptg td, dalam pukul 2.30, tiba-tiba teringin sgt2 nk gi ke one of the most glamorous park di Leicester which is known as Abbey Park. sebelum tuh, balik2 dari solat jumaat, mengadap dpan laptop & terfikir2 nk buat apa. bila dah xda idea sgt nk buat, tiba2 idea nk ke park tu dtg..Senior ckp park tu cantek. & mmg lama dh trigt2 sgt nk p cuma masa ja xsmpat. So bila bukak dlm google maps, search lah direction ke park tuh. & jaraknya lebih kurang 1.9miles = 37minit jalan kaki. So trus siap2 salin pakaian. Maghrib sekarang pn makin lewat (dlm 4.27ptg), jd mmg byk masa yg boleh spend kt park tuh once dh smpai kt sana. (oh terpaksa jalan sorang2 je since housemate tgh bertarung dgn buku-buku medic diorang hoho )

Sebenarnya, apa yg perasan, sbnarnya bila kita cuba spend time dtg ke tmpat-tmpat mcm nih, rasa diri makin dkat dengan Nya. Scenery yg dtengok dr gambar2 ni mmg xsama dgn apa yg mata kita tgk sendiri.tp sekurang-kurangnya dptlah dikongsi serba sikit mcm rasa lawa nya tmpat nii :) Prasaan kagum, terImpressed, rendah diri & kerdil pada Nya mmg sgt2 dpt rasa. Disini contoh2 tempat yg kita boleh pergi utk tenangkn fikiran2 kita dr bermcm2 masalah. kadang2, kita mengambil option utk pergi window shopping ke, tgk tv ke, lompat sana sini keatau ape2 jela. tp pilihan tu may be not really work at all. pergi ke tgk2 tenang ni bukanlah bermakna kita boleh buang segala masalah yg kita hadapi, tp skurang2nya boleh juga utk kita sooth our mind, inshaAllah :)


Dan bila dlm keadaan tenang2 mcm ni juga lah yg boleh buatkn kita rasa selesa utk mengadu padaNya, terutamanya tentang masalah yg kita hadapi. ataupn apa yg kita tgh rasa. Kalau lebih rajin, dh duduk sorang2 kt bangku tepi tasik tu, bukaklah ipod ke, iphone ke,quran mini ke, baca quran semuka dua. & always make doa, plead from Him the best guidance for us. inshaAllah He knows what He plans for us, & pastinya 'Plan' Allah tu adalah yg terbaek utk kita. ape pn, buatlah yg terbaek utk diri kita.

“Apakah kamu tiada mengetahui bahawa kepada Allah sujud apa sahaja yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan dan bintang, gunung, pohon-pohon, binatang-binatang yang melata dan sebahagian besar daripada manusia.
” (Al-Quran, Surah al-Haj :18)




Moga-moga diri kita terus tergolong dalam golongan orang yang bersyukur kepadaNya.dan Moga-moga kita juga tergolong antara orang yang sentiasa menghormati ciptaan Nya, termasuklah alam2 yg best2 ni. & yang pnting juga, moga hati kita xpenah rasa terlalu besar untuk berlaku tidak adil kepada insan-insan lain (eg: buli budak2 ke, kutuk kawan-kawan,& yang lebih truk, buat ugutan yg jahat-jahat pada org laen) Ya Allah jauhkn aku dari perbuatan tu ya Allah :(







Thursday, January 20, 2011

Myself :)


Kalau ingin dilihat bukti sempurnanya penciptaNya, hanya pandanglah pada diri kita sendiri. Tiap2 satu anggota, baik dari seurat rambut, hingga smpai ke hujung kuku, semuanya teramat sempurna. Subhanallah.

Kalau nk dilihat apa lebihnya penciptaan manusia berbanding dengan haiwan, maka lihatlah pada akal yang kita miliki. Subhanallah, sgt2 sempurna. Terlalu sempurna. tapi....

... Kenapa kadang2 kita selalu mengutuk diri sendiri, sedangkan kitalah makhluk yang terbaek di sisi Allah...
... Kenapa kadang2 kita takut utk melihat wajah kita sedangkan wajah yg kita miliki inilah yang terbaek utk diri kita...
... Kenapa kadang2 kita selalu merasakan orang laen lebih baek berbanding kita sehingga kita terus rasa menyerah kalah & kecewa tanpa berusaha...
... Kenapa kadang2 kita rasa terlalu berani untuk lakukan perbuatan yang salah sedangkn akal yang Allah kurniakn utk kita nih dpt membezakan mana yang baek, mana yang buruk...

Sama-sama lah kita fikirkn... Dalam setiap tindakan yang kita buat, kita akan bertemu dengan saat membuat pilihan. Moga setiap pilihan yang kita buat, makin dekatlah kita dengan diriNya (eg: pilihan nk joging ke x as contoh).Kita adalah makhluk yang terbaek, kita pasti kenal diri kita. Pasti.. Jika masih belum kenal diri kita sendiri, cepat2lah kita kenali diri kita. Tapi, yang pastinya, diri kita merupakan penciptaan yang terbaek utk diri kita. Jadi, kita lah YANG TERBAEK :)

bersyukur lah ye dgn penciptaan diri kita. Taraf kita lebih tinggi dari seekor haiwan yang merangkak-rangkak memakan bangkai yang terbiar di tepi sungai. Berbuat baiklah yang boleh menjadi bukti bahawa kita ni manusia yang bersyukur,with everything :)



Thursday, January 13, 2011

Alhamdullilah :)

Dalam berdebar-debar untuk menghadapi Week 12 Test minggu depan, macam2 fikiran dtg....

'sempat ke nak habeskn revision study topik oooi'

'inshaAllah, ada lagi seminggu sebelum test, pasti smpat cover yg belum power'

' hadoi harini dah rabu, cuti dah nk habes.....'

dan mcm2 fikiran yang melanda. Basically, malam td, masa buat checklist utk check mana2 topik yang belum cover, baru perasaan ada several subtopics utk Mathematics With Computation belum cover lg..sedangkn jadual study Math dh lpas 9 hari lepas.HUH !! Minggu ni sepatutnya deeply & thoroughly focus on Electrical & electronic subject. Dalam dok fikir mcm mana nk urus baki-baki topic yang belum cover tuh, tiba-tiba hati tergerak nk bukak Quran terjemahan, hoping that this might really help to sooth all the worries & dizziness dlm kepala ni huhu..Selak-selak & selak, sampailah kepada ayat niii....

"...Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

At-Talaq 2-3


Bila go through details by details dalam maksud ayat ni, (walaupn dah selalu bukak ayat ni) alhamdulillah terasa seakan2 datang rasa keyakinan yang sepatutnya kerisauan yang difikir-fikir tadi tak perlu dibesar-besarkan. There are a lot of things that yang kita boleh intelligently ponder dari ayat ni. Yang penting, kita plan wisely, do it the right way, pada masa yang betul, inshaAllah Allah akan permudahkan segala urusan. & jangan pernah lupa untuk bertawakal kepada Allah.

Kadang-kadang, kita study, study, hafal hafal, kira kira & kira, serta menulis sana sini, tp kita lupa sebenarnya kefahaman tu datangnya dari Allah. InshaAllah jika hati kita bersih & kita salu bergantung harap pd bantuanNya, inshaAllah jalan kejayaan tu pasti terbuka luas..

Syukur, nak dijadikan cerita, tajuk yang disangka akn ambil masa more than 4days utk habeskan, sbenarnya dpt dihabeskan dalam 2hari setgh saja.. (Sbbnya Dalam kelas mmg tak faham apa2 lansung, tgk classmate2 yang mat2 saleh pn, smuanya tergeleng2 terhangguk2 xfaham, even ada yang decide utk trus tidur dalam lecture, haduh..) & Alhamdulillah harini dpt cover byk juga & most of things were cheerfully understood, inshaAllah. best sbnarnya tajuk yg diajar Proff Veteran tu.. syukur sbb semuanya pertolonganNya juga....

apa yang penting,

jaga makan + jaga kesihatan = utk fizikal + akal (kalau lapar, isi perut selalu ye)(kluar rumah, tgk benda hijau, so mata xstrain sgt :)

jaga amal & ibadah = utk hati kita, utk kemudahan dlm tiap2 proses yg kita buat,IAllah :) nk mudah fhm

good luck to everyone. Have a nice remaining winter break :)

p/s : mata putih kemerahan.BOTH SIDES :(

Friday, January 7, 2011

Inginku Bina Diriku Semula...


Alhamdulillah, baru tiba di rumah. Hari ni Syukur pd Allah sbb dalam attend solat Jumaat di Praying Room De Monfort University(DMU). Dalam keadaan hujan yang reyai-reyai, hati mula2 terfikir sejenak, nak solat di surau hospital atau di DMU. tp bila memikirkn yang khutbah di hospital tuh ckp bahasa asing & panjangnya xsmpai 7minit, better lah pergi ke DMU kn. Alhamdulillah xrugi ke surau Uni tu bila brother Arab tu smpaikn sumthing yang sgt2 meaningful.& Salah satu perkara yang tok(brother) khatib tu sentuh ialah tentang abad menziarahi orang sakit. memandangkn cuaca sekarang xmenentu, ramai yang tgh mengalami masalah kesihatan, esp selsema, batuk2 dan demam(termasuklah diri ni ). Pesannya, brother tu smpaikn melalui satu hadis yang berbunyi:

“Sesungguhnya seorang Islam itu, apabila dia melawat saudaranya seislam, maka dia sentiasa berada dalam taman syurga”
(riwayat muslim)

Setiap langkah perjalanan kita menuju melawat orang sakit tu,insyaAllah dlm setiap kepenatan yg kita lalui tu, Allah akan ganjarkn satu demi satu pahala kebaikan. Terfikir sejenak, besarnya rahmat Allah utk manusia ni. Rasa sedih, kadang2, diri nih seakan2 xmahu utk mengambil 'hadiah' percuma yang Allah nk bagi pada kita. kadang2, bila Allah dh bagi, kita xpernah cuba ucap pekataan Alhamdulillah, walaupn dgn satu lafaz yang sgt mudah.. moga2 selepas ni, diri akan akn lebih dekat pada Allah, rindu pada Dia & salu bersama Dia, dalam susah atau masa senang.

Sentuh semula adab2 menziarahi tuh, brother tu gariskn beberapa point :
1. Bila dgr ada khabar2 sakit, teruslah berazam & pergi melawat
2. Bila di tempat melawat tuh, moga2 masing dpt pastikan masa melawat tuh tidak terlalu panjang. insyaAllah, sekurang2nya sahabat yang sakit tuh ada ruang & masa utk berehat juga :)
btul sgt point nih...
3. Khabarkan berita2 gembira kepada sahabat yang sakit tu...berikan kata2 kekuatan padanya,Doakan kesejahtteraan & keselamatan....

3 point yang simple tp sgt2 meaningful kalau kita btul2 apply dlm life kita.. insyaAllah, sama2 lah kita brusaha utk buat perubahan pada diri kita... Di mana silap & salah silap kita, sama2 kita mohon keampunan dariNya. kita xpernah terlmbat utk memohon kemaafan & keampunan dariNya jika kita sedar & terus bertindak :')

' Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari SisiMu dan sediakanlah petunjuk untuk kami dalam menyelesaikan urusan kami'

Doa ni sebenarnya doa yang dibaca oleh pemuda2 Ashabul Kahfi masa diorang melarikan diri ke dalam gua; sebagai doa agar diberikan rahmat dan hidayah dalam mempertahankan iman mereka...Selamat beramal..


(selesai solat jumaat, terus ke Narborough Road utk cari kedai gunting rambut.alhamdulillah rambut kelihatan kemas). INGINKU BINA DIRIKU SEMULA :)

TOK result dah out kan. Tahniah kepada semua yang berjaya dgn cemerlang. Moga terus berjaya, dunia akhirat, ameen :)

Syamil Muhammad
Jarrom Street,
Leicester,UK